»

Wednesday, March 18, 2009

Say NO to umno!

Keputusan muktamar perkukuh Pakatan Rakyat perlu dipertahan - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir Wed Mar 18, 09 3:30:17 pm MYT


KOTA BHARU, 18 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.
Iklan

Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.



"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.



Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.



Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.



"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.



Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.


Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.
"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.

"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.

PAStsc- Kenyataan yg dibuat oleh tuan guru nik aziz ni direct free kick pada sesape yg berminat lagi nak peluk-peluk ngan umno. kenalah hormat keputusan muktamar kan, keputusan muktamar dah bersetuju utk memperkukuhkan kedudukan pas dalam pakatan, kena lah ikut, walaupun apa jawatan kita dalam jemaah. PAS ni milik semua ahli pas dan bukan milik individu!

0 comments: