Aku ambik artikel ni dari blog chegu bard.
Ust Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi ceGubard kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa.Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.
Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.
Semalam cheGuBard mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Datuk Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon. Kudin (Pegawai YB Taufek) memaklumkan Ust. Khairul kritikal dan kini di ICU. Oleh kerana esoknya juga (hari ini) akan bertolak ke Sarawak maka selepas ceramah terus minta diri cadangnya ingin terus ke Seremban menziarahi Ust. Khairul.
Seperti biasa keletihan dalam kereta sering terlelap sekejap-sekejap sambil melayan Yasir membawa kereta. Namun mengantuk terus hilang diragut sms Kudin yang menyatakan Ust. telah meninggal ........
Terus meningkatkan kelajuan kenderaan dan sampai ke Seremban (rumah mertuanya) sekitar jam 3.00 pagi.
Terkejut dengan berita itu. Rasanya baru sangat mendengar ceramah Maulidur Rasul beliau ketika Majlis Maulidur Rasul anjuran Keadilan Rembau minggu lepas. Dua hari lepas semasa cheGuBard berceramah bersama Hj Mohamad Sabu beliau menjadi pengerusi Majlis. Memang beliau kata beliau demam. cheGuBard bergurau dengan dia selepas dia mula naik pentas untuk pembukaan.
"Demam apanyer mengaum macam harimau berantai" kata padanya.
Dia jawab dengan senyuman dan mata yang sikit kuyu.
Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya
Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.
'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'....
Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua..
Friday, March 20, 2009
Al-fatihah kepada Ketua pemuda PAS Tampin
Posted by passongchoon at 4:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment