»

Tuesday, March 3, 2009







Hari ini, 03/03/2009 demokrasi telah mati di perak. demokrasi yang dijunjung malah diperjuang oleh rakyat sehinggalah istana dulunya, kini dihinjak dan dicabuli oleh segerombolan manusia tidak bertamadun.
atas nama kuasa, atas nama ketuanan bangsa, persetan segala suara dan undi rakyat. istana diheret sama, mahu memalit lumpur agar warna dilihat sama.
demokrasi berjalan dengan persidangan DUN. segala pintu dari yang utama sehingga ke pintu tandas jadi kawasan larangan. ADUN yg dipilih yg wajib bersuara di dalam dewan meneriakkan aspirasi rakyat, diharam mnjejak kai ke bangunan yang kononnya llambang demokrasi.
hari ini, demokrasi telah mati di perak. yang hidup hanyalah hantu dan jembalang umno, yang mengilaikan suara rakyat kononnya. tapi mereka lupa, atau mereka memang bodoh atau celaka,bahawa merekelah yg mematikan sura rakyat yang memilih pakatan rakyat menjadi pemerintah.
Ya Allah, dalam doaku, sebagaimana hari-hari yang lalu, jauhkan aku dari cenderung kepada umno, janganlah kau jadikan dari keturunanku cenderung kepada kezaliman, Ya Allah janganlah kau biarkan kami hidup dibawah pemerintah yg bersekongkol dengan kezaliman, Ya Allah hancurkan umno, hancurkan BN dan kau berilah petunjuk kepada penyokong dan pengikut mereka dan bukakanlah hati mereka untuk memilih kebenaran. AMIN.


0 comments: