»

Tuesday, March 31, 2009

geng-geng song choon turun 5 biji kereta. ada yg turun pukul 12 tgh malam, disebabkan terpengaruh dgn kabor angin mengatakan jalan2 di pekan tepen akan ditutup. pagi tu, selamber je teman masuk. tulah padahnya mendengar kabor angin tanpa usul periksa.

aku tak join dgn dorang. aku pegi awei sket, join dengan bebudak jaringan siswazah malaysia (JASA) dari bangi. ni ada sket gmbor2 yg aku "cuplik" dari blog org lain. bateri kamera aku kong.

Penyokong PAS mendominasi bandar taiping. Pagi ni takler terasa sangat jauhnya, walaupun dianggarkan perjalanan ke tempat penamaan calon dari masjid 2-3km. tpi time balik tu rasa mcm nak tumpo dibuatnya.

ni deme kata 500? kira bebetul ler yoeb. ingat perlawanan bola antara JKR kelantan dengan KL ke?


Mana tak cuak puak-puak BN tengok orang pakatan.

Banner JASA, terpegun orang taiping menengoknyer.

buat tercalor mutu abang tu, mangkor kamu membayor yob

Abang ni memberi tabik hormat kepada banner jasa.

Thursday, March 26, 2009

Kesian...

Aku diberitahu umno terpksa menggaji jaga dari syarikat keselamtan untuk menjaga bilik-bilik gerakan mereka di bukit gantang?

apa dah jadi yob? orang tak mandang ke??

dengor jugak katenye bodyguard calon umno pun pakai syarikat keselamatan..
hahah..budak-budak pekida pun dah malas melayan deme ni..

pasni jangan heran kalau jumpa perayu undi umno dari makcik-makcik indon & mat bangla..
hahah..

Monday, March 23, 2009

Marilah bergabung dengan umno...

Ada suara-suara yang mengajak kepada penubuhan unity government, walaupun Tuan Guru Nik Aziz dah bagi sound direct, puak-puak ni masih lagi dengan keghairahan mereka.



Aku tak mahu komen banyak, cuma sekadar bertanya..kalau ada balu-balu dari syuhada di Memali dan Lubuk merbau datang bertanya..kenapa bergabung dengan umno tuan guru? tidak bernilai lagikah darah suami dan anak-anak kami utk mempertahankan Islam di tanah ini..tuan guru mungkin lupa, tapi air mata kami mungkin boleh melebutkan hati tuan guru...

Friday, March 20, 2009

ALERT from Bukit Gantang




Beberapa makhluk kurang ajor telah didapati mengedarkan risalah berbebtuk hasutan ini di masjid2 sekitar b.gantang dan tepen. Ahli2 kita tlah membuat laporan polis dan saksi2 menyatakan melihat sebuah waja berwarna putih kelihatan di tempat kejadian. so bros, watch out for this car, if u locate it, contact the nearest police station. and plz make sure, its not a police patrol!

Al-fatihah kepada Ketua pemuda PAS Tampin

Aku ambik artikel ni dari blog chegu bard.


Ust Khairul Azhar mungkin bukan nama besar. Tapi ceGubard kenal secara peribadi dia tidak pernah letih dalam usaha dakwah. Dia orang yang pernah menitis air mata memikirkan nasib anak muda bangsa.Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

Semalam cheGuBard mengisi sebagai penceramah pertama sebelum Datuk Seri Nizar (MB Perak) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gantang. Sebaik sahaja selesai berceramah satu sms telah masuk ke telefon. Kudin (Pegawai YB Taufek) memaklumkan Ust. Khairul kritikal dan kini di ICU. Oleh kerana esoknya juga (hari ini) akan bertolak ke Sarawak maka selepas ceramah terus minta diri cadangnya ingin terus ke Seremban menziarahi Ust. Khairul.
Seperti biasa keletihan dalam kereta sering terlelap sekejap-sekejap sambil melayan Yasir membawa kereta. Namun mengantuk terus hilang diragut sms Kudin yang menyatakan Ust. telah meninggal ........

Terus meningkatkan kelajuan kenderaan dan sampai ke Seremban (rumah mertuanya) sekitar jam 3.00 pagi.

Terkejut dengan berita itu. Rasanya baru sangat mendengar ceramah Maulidur Rasul beliau ketika Majlis Maulidur Rasul anjuran Keadilan Rembau minggu lepas. Dua hari lepas semasa cheGuBard berceramah bersama Hj Mohamad Sabu beliau menjadi pengerusi Majlis. Memang beliau kata beliau demam. cheGuBard bergurau dengan dia selepas dia mula naik pentas untuk pembukaan.

"Demam apanyer mengaum macam harimau berantai" kata padanya.

Dia jawab dengan senyuman dan mata yang sikit kuyu.

Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya
Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

'Perginya' juga dalam keadaan mulia, walaupun dalam keadaan amat lemah dia meminta dibawa ke bilik air hospital untuk berwudu'. Selesai berwudu' dia ditolak isterinya atas kerusi roda. Tiba di katil dia telah dipanggil dalam keadaan berwudu'....

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para Anbiya' syuhada' dan solohin. Sejambak Al-Fatihah buat Allahyarham dari kita semua..

Wednesday, March 18, 2009

Say NO to umno!

Keputusan muktamar perkukuh Pakatan Rakyat perlu dipertahan - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Foto Rizal Tahir Wed Mar 18, 09 3:30:17 pm MYT


KOTA BHARU, 18 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu keputusan yang dicapai pada muktamar PAS di Ipoh tahun lepas untuk memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat perlu dihormati.
Iklan

Beliau berkata, sekiranya ingin membuat keputusan lain daripada apa yang dipersetujui pada muktamar itu, satu perjumpaan khas perlu diadakan untuk membincangkan perkara tersebut.
"Saya tidak suka meminda keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat secara bersama dan kemudian hendak pinda semula di luar.



"Sekiranya sudah pasti untuk melakukan sesuatu perkara selain daripada apa yang diputuskan dalam muktamar tahun lalu, mesyuarat khas mengenainya perlu diadakan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menerima rombongan pelabur daripada Taiwan di pejabatnya hari ini.



Sebelum ini Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan diwujudkan kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti seperti berlaku di Indonesia semasa di bawah B J Habibie.



Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya semua ahli parti bersetuju dengan cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan beliau akan akur.



"Saya boleh bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan sekiranya diputuskan ahli parti dalam muktamar akan datang apabila ada usul mengenainya," katanya.



Menurutnya juga pada muktamar tahun lalu telah diputuskan sekiranya mahu berbincang dengan pemimpin Umno atau Barisan Nasional biarlah berkaitan isu lain dan bukannya membentuk kerajaan bersama.


Ditanya mengenai perbezaan pendapatnya dengan Presiden PAS katanya, perbezaan pendapat perkara kedua kerana ia lumrah berlaku di kalangan sesama anggota parti.
"Namun apa yang penting perkara diputus dalam muktamar tahun lalu perlu dijaga.

"Sebab itulah perlu kepada mesyuarat khas membincangkan perkara tersebut bagi menjaga kestabilan parti dan mencerminkan disiplin perjuangan parti yang berlandas Islam," tambahnya.

PAStsc- Kenyataan yg dibuat oleh tuan guru nik aziz ni direct free kick pada sesape yg berminat lagi nak peluk-peluk ngan umno. kenalah hormat keputusan muktamar kan, keputusan muktamar dah bersetuju utk memperkukuhkan kedudukan pas dalam pakatan, kena lah ikut, walaupun apa jawatan kita dalam jemaah. PAS ni milik semua ahli pas dan bukan milik individu!

Gambar-gambar best dari Bukit gantang

Poster wayang gambar yang bakal ditayangkan di Bukit Gantang. yang bestnyer semua free..moh ler ke b.gantang nengok wayang pacak











Sunday, March 8, 2009

Gambar-gambar Eksklusif dari Wakil TSC di Perhimpunan Membantah PPSMI

Wakil-wakil TSC menajdi sebahagian dari sejrah penentangan rakyat terhadap PPSMI. Hari ini juga sebahagian dari kami buat pertama kalinya merasai kepedihan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Mata kami juga akan bersaksi di masyar nanti tentang kekejaman, kezaliman, kezionizan dan kebiadapan polis terhadap anak-anak, ibu-ibu, orang tua, kaum wanita dan rumah Allah. Jahanam dan celakalah pemerintah Umno!


Abg.Di tengah meriki suasana sekitar masjid negara. Kerisauan dan kecelaruan jelas terserlah diwajahnya melihatkan jumlah kehadiran yang agak kecil.
Melayu DBKL ini ditugaskan untuk menghalau peniaga melayu di dalam masjid..hak tuihhh!!
pukul 12.00 tengahari, masih kelihatan sekelompok kecil manusia di bahagian pintu belakang masjid negara.
Pak Samad dikerumuni peserta perhimpunan di mana sahaja beliau pergi.
SN Samad Said dikerumuni para wartawan dan bloggers.
Otai TSC sedang menunjukkan "keotaian" mereka.
Pekerja buruh umno baru memulakan tugas rutin mereka.
Kecil-kecil cili api, kusangkakan lalang rupanya padi..
Solat tiang asas perjuangan. aku x nampak pun penjawat awam dari kalangan polis ikit berjemaah. uzur kot..
orang ramai memulakan perarakan dari masjid negara selepas berjaya menghalau sepasukan FRU yg cuba menghalang.
gambar yg dimabil secara handback, takut dirempuh lautan manusia.
5000? bahana awal pengajaran matematik dalam BI.
Tidak nampak mula dan hujungnya..oh yaa..penumpang dalam LRT bukanlah sebahagian dari peserta perarakan.
Peserta berarak secara aman menghampiri bangunan Sambanthan.
Belum ada apa-apa
Dalam puluhan ribu manusia sempat bersalama dengan blogger abg. naga.
Orang ramai tidak mengjangkakan FRU sedang menanti ketibaan mereka.
Polis mula melepaskan tembakan pemedih mata. orang ramai seolah-olah tergamam termasuk aku.
]
Perserta perarakan bertempiaran lari bila kesan gas pemedih mata mula menggila.
Aku cuba tolong akak-akak yg terkena pemedih mata, aku tak perasan aku duk belakang sekali. kesannya aku menerima 'hadiah' dari FRU yg palig istimewa. meraba nak cari tempat nak landing.
Ini bukan gmbar orang tengah main air ..ini nak membasuh muka lepas kena sembur. lihat kana-kanak dan wanita .
Mata aku masih terasa pedih ketika gambar ini diambil. kelihatan tangan2 yg cube menghalang.
Keluarga ini teruk terkena gas pemedih mata.
Kasihan...
Budak kecil ini mungkin berusia 4 tahun.
Ibu sedang menenangkan anaknya..Ya Allah kau hancurkanlah Umno dan mereka yg cenderung menyokong dan membantu mereka.
Kanak-kanak ini akan menjadi saksi dunia tentang kekejaman polis.
Aku hairan..kanak-kanak ini tidak menangis
Berehat sebelum cuba nerarak semula.
Berkumpul kembali.
Aku pun tak perasan macam mana aku boleh tetiba jadik bodyguard Tuan Guru..huhuhu
Ketika berjalan balik menuju Masjid Negara, nafsu polis seolah-olah tidak terpuaskan menyeksa wanita dan kanak-kanak.
Berundur ke masjid Negara.
Pedih siyutt air pancutan ni.
Anak-anak muda memperlihatkan semangat perlawanan yg luar biasa.
Polis melepaskan peluru gas di setiap penjuru masjid. Lihat asap tebal diluar dewan solat.
Keluarga ini kelihatan terlalu kepenatan.


Sempat berborak dengan SN dato' A. Samad Said di dalam masjid.
".."..saya sebenarnya berterima kasih, kerana pada usia 76 tahun baru saya merasakan peritnya pemedih mata ..." SN dato' A. samad Said..antara kata-kata yang tidak mungkin aku lupakan pada kesempatan berhadapan dengan ikon baru perjuangan rakyat ini.