»

Friday, January 16, 2009

Kepala babi di Surau Akademi Pengajian Islam UM

Kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam UM
Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 10:28am
Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi ditemui di letakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh seorang petugas pro-Mahasiswa yang ditugaskan untuk menjaga poster dan kain rentang kumpulan itu di kawasan tersebut, pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurau dan ke kuliah masing-masing.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Malaysiakini

0 comments: