»

Friday, January 30, 2009

woi cuti woi

kepada kome yang belum menerima kabor, maka adalah dengan ini dimaklumkan bahawa sebagai menjunjung kasih Seri Sultan Perak sempena Jubli Perak pemerintahan baginda, maka kerajaan negeri perak telah mengumumkan bahawa 03/02/09 adalah hari cuti umum bagi seluruh negeri perak dan kawasan2 jajahan takhluknya..horeyyy!cuti lagi kita..

Wednesday, January 21, 2009

Dasar keturunan penyamun

Kalau berlaku pada org PR, mahu kecoh sampai Gaza cerita ni, tapi sebab dah orang umno, bagi deme biasa, xde hei.

PETALING JAYA: A Perak Umno division deputy chief and two election agents will be charged by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) tomorrow for allegedly giving bribes during divisional elections last year.

The deputy chief will face trial for allegedly handing out a RM300 bribe during the election while one of the agents will be charged with giving a RM200 bribe to a branch delegate to support a certain candidate running for a division chief’s post in Pahang.

The other agent will be charged with offering a RM200 bribe over a division chief’s post in Malacca.

All three will be charged under Section 10 (b) of the MACC Act 2008, the commission said in a statement here yesterday.

Meanwhile, Umno vice-president Datuk Seri Mohd Ali Rustam said MACC should be left to carry out its duties without interference.

He said the commission was merely executing its duty based on evidence against the three Umno members.

“We believe that whatever action it is taking is based on clear evidence,” he told reporters after attending a briefing with Timor Leste president Dr Jose Ramos-Horta at Putra Specialists Hospital in Malacca yesterday.

In Ipoh, Perak Umno secretary Datuk Ramly Zahari said the party was fully supportive of the MACC’s action in tackling money politics.

However, he urged the commission to observe procedures when filing the charges against the accused. “We do not want the accused to be victimised.”

Zahid Hamidi derhaka kepada rakyat perak

Sebagai sebuah kerajaan yang seharusnya menghormati pilihan rakyat, umno seharusnya tidak mengambil langkah yang memangsakan rakyat kerana dendam politiknya. aku tak tahu apakah hati perut seorang menteri, yang berasal dari perak mengeluarkan arahan kepada sebahagian agensi-agensi kerajaan tidak menghadiri mesyuarat di peringkat negeri. Alasan yang diberikan kerana JKKK yang dilantik oleh kerajaan negeri tidak diiktiraf oleh kerajaan pusat. Aku dah habis perkataan untuk menggambarkan betapa bodohnya aku rasa menteri umno ni.tindakan ini menunjukkan betapa umno sanggup berbuat apa sahaja walaupun terpaksa menjadikan rakyat sebagai mangsanya. pegi mampus dengan umno!

Wednesday January 21, 2009

Govt orders its directors not to attend Perak state-level meetings
By SYLVIA LOOI


IPOH: All Federal Government directors of departments and agencies in Perak are banned from attending state-level meetings with immediate effect.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi also said that, with immediate effect, federal agencies would only consider recommendations of Federal Village Develop­ment and Security Committees.

He said the move was to cut off the village committee appointed by the Pakatan Rakyat state government from access to Federal agencies.

“We will not hesitate to take disciplinary actions against federal agency directors if they attended meetings,” he told reporters after chairing the State Federal Action Council meeting here yesterday.

Zahid said agencies like the Drai­nage and Irrigation Depart­ment, Public Works Department, Health Department, Agriculture Depart­ment and the police were exempted from the ruling.

Noting that the Federal govern­ment only recognised the Federal Village Committees, their recommendations were therefore be considered legal.

“We do not recognise the recommendations of the Village Develop­ment and Security Committee (JKKK),” he added.

Zahid said that among the issues that required the recommendations of federal committee were scholarship applications and entries into institutes of higher learning.

Zahid said the 28 Barisan Nasional elected representatives in the state would be given special allocations to assist the people in their constituencies.

“The allocation will be given out whenever there are incidents of fire, flood or thunderstorm in their constituencies,” he said.

However, he declined to reveal the amount allocated for each constituency.

Sunday, January 18, 2009





Gambar petanda kemenangan PAS





Video keputusan PRK Kuala Terengganu..Takbir!

Friday, January 16, 2009

Kepala babi di Surau Akademi Pengajian Islam UM

Kepala babi diletak dalam surau Akademi Pengajian Islam UM
Abdul Rahim Sabri | Jan 16, 09 10:28am
Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi ditemui di letakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh seorang petugas pro-Mahasiswa yang ditugaskan untuk menjaga poster dan kain rentang kumpulan itu di kawasan tersebut, pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurau dan ke kuliah masing-masing.

Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.

Malaysiakini

Wednesday, January 14, 2009

Betul ke Kerajaan PR Perak Rampas Gerai? TV3, selidik la betul-betul!

Jan 14th, 2009 | By matsamankati | Category: Isi I

Oleh: Ustaz Zulkifli Ibrahim

Pengarah Urusetia Penerangan, Negeri Perak

Malam semalam, menerusi slot Buletin Utama, rangkaian stesyen swasta MEDIA Prima melalui TV3 telah menyiarkan berita mengenai Kerajaan

Pakatan Rakyat Negeri Perak telah merampas gerai orang awam yang terdapat di sungai Siput.


Tidak habis dengan fitnah penutupan tadika kemas yang masih diputarbelitkan walaupun isu itu sudah terang lagi bersuluh, media-media kuncu BN ini masih tidak serik-serik menimbulkan fitnah walaupun mereka tahu bahawa menyiarkan berita bohong itu adalah merupakan pantang dalam etika kewartawanan.
Melalui maklumat yang diterima dari salah seorang pegawai yang terdapat di Pejabat Daerah Sungai Siput, isu tersebut berlaku apabila peniaga-peniaga yang terdapat di premis tersebut telah dipotong bekalan elektrik dan air oleh pihak-pihak berwajib.

Siapakah yang memberikan arahan kepada mereka untuk memotong bekalan elektrik dan air?

Jawapannya sungguh mudah! Bekalan air dan elektrik dipotong adalah disebabkan oleh pemilik premis berkenaan iaitu JKKK terdahulu telah menutup akaun elektrik dan air mereka. Itu sahaja! Jadi biasalah, apabila akaun telah ditutup, maka elektrik dan air akan dipotong dan akan disambung semula apabila akaun baru dibuka untuk premis berkenaan oleh TNB dan Lembaga Air Perak. Oleh yang demikian, tidak timbul isu bahawa penutupan elektrik dan air itu datang dari arahan pihak kerajaan.

JKKK terdahulu menutup akaun elektrik dan air kerana pengurusan mereka telah pun tamat tempoh apabila JKKK yang lama telah ditukar dengan JKKK yang baru. Sekarang ini pengurusan premis berkenaan telah pun diserahkan oleh JKKK yang lama kepada JKKK yang baru pada 31 Disember 2008. Apabila JKKK yang baru mengambil alih pengurusan premis, mereka ingin membuka premis berkenaan kepada penyewa baru yang dibuat secara tender terbuka. Apa yang silapnya ialah, JKKK yang baru tidak memberikan notis pindah lebih awal kepada penyewa untuk mencari tempat perniagaan yang baru. Jadi ini menimbulkan masalah apabila JKKK lama telah menutup akaun yang menyebabkan elektrik dan air dipotong sebelum mereka sempat berpindah.

Kenapa JKKK baru tidak terus membuka akaun elektrik dan air yang baru sebaik sahaja mengambil alih? Kenapa JKKK baru mahu mencari penyewa baru? Adakah ia bermotifkan politik?

Jawapannya, menurut maklumat yang diperolehi, penyewa sekarang sudah lama tidak membayar sewa kepada JKKK dan sewa mereka semakin lama semakin tertunggak. Oleh kerana tidak mahu perkara ini berlarutan, maka mereka membuat keputusan untuk mencari penyewa baru secara tender terbuka. Maka dengan sebab itulah mereka masih belum mahu membuka akaun baru sehinggalah mendapat penyewa yang baru.

Dalam konteks ini kedua-dua belah pihak bersalah. Kesalahan JKKK baru ialah kerana mereka tidak mengeluarkan notis lebih awal dan kesalahan penyewa ialah mereka liat nak bayar sewa. Isu ini masih dalam peringkat perbincangan dan dalam usaha untuk diselesaikan oleh Penghulu dan Pejabat Daerah.

Hanya yang dikesalkan, kenapa isu kecil sebegini pun mahu dipolitikkan dan dilontarkan fitnah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak? YB Datuk Ahamad Pakeh Adam, Adun Lintang turut sama sibuk melibatkan diri mengeluarkan kenyataan memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sedangkan beliau sepatutnya sebagai seorang pemimpin harus menyelidiki isu ini terlebih dahulu dan menyesaikan dengan cara yang terbaik.

Bapak Borek anak Rintik! Datuk Ahamad Pakeh Adam nampaknya menurut perangai pimpinannya seperti Datuk Seri Ahmad zahid Hamidi dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib. Agaknya inilah yang jadi kepada pemimpin-pemimpin Umno kini. Suka memperjuangkan isu secara membabi buta


dipetik dari perakexpress.com

Tuesday, January 13, 2009

Gambar Yang Tidak disiarkan Media Barat

Saksikan kebiadapan rejim zionis membantai rakyat Palestina










Sunday, January 11, 2009

Ops Bubur Assyura

Walaupun hari assyura dah berlalu, semangatnya terus dirasakan oleh kariah surau al-falah. selepas sahaja pulang dari bertahlil dan makan-makan di rumah salah seorang ahli, Pak cik fauzi, jemaah terus memberikan komitmen menyediakan bubur assyura. yang lain turut menyumbang tenaga menyediakan air kelapa dan membersihkan apa sahaja makanan yang disediakan.

Aksi menuang bubu ke dalam bekas plastik sambil diperhatikan oleh juri-juri profesional

perghhh..berasap wa cakap

penonton sedang memberikan sokongan kepada pengacau bubur assyura

aikk..macam aksi berlakon masa dinterview RTM je bang

Friday, January 9, 2009

Qunut Nazilah Buat Saudara-saudara Palestina


Apakah tauladan dari Nabi dan Sahabat apabila menerima tekanan hebat dan cengkaman perang dari tentera kuffar?

“Assalamualaikum. Tolong bacakan. Lailahailla Allah, Allahu Akbar, surah al-Ikhlas 3x utk pejuang Palestin yang sdg dikepung Israel. SMS kan kpda 10 org rakan anda. AMANAH.”

SMS ‘rasmi’ sempena serangan Israel laknatuLlah ke atas umat Islam yang tidak berdosa menyerbu kotak mesej di kebanyakan telefon bimbitdi Malaysia. SMS ini tersebar merata, dan saya sudah menerima SMS seumpama ini semenjak tiga tahun yang lalu. Tiada siapa yang tahu, siapakah pemulanya. SMS ini juga pelbagai versi, namun bahan kandungannya sama, iaitu bacakan zikir tahlil, takbir dan surah al-Ikhlas atau beberapa ayat dalam surah al-Fath. Untuk pejuang Palestin, ideanya. Ramai orang yang ingin turut rasa bersama untuk sama-sama menentang Israel, hanya dengan amalan sedemikian.

Membantukah cara ini, sehingga boleh memenangkan ketumbukan tentera Islam di sana? Apakah tauladan dari Nabi dan Sahabat apabila menerima tekanan hebat dan cengkaman perang dari tentera kuffar?

Qunut Nazilah: Cara Nabi, Salafussoleh dan para ulama

Tidak pernah tercatat dalam mana-mana sumber Islam bahawa apabila berperang dengan orang-orang kafir dan Yahudi, kita yang tidak ikut sama berperang dituntut untuk membaca zikir dan ayat tertentu. Kalau ia sesuatu yang perlu dan berkesan, sudah pasti ia tercatat lama dalam sejarah mahupun dalam mana-mana teks klasik Islam. Tetapi, Nabi mengajar kita dengan sesuatu yang lebih tajam dari itu, iaitu berdoa dalam qunut pada setiap solat yang lima, yang dipanggil qunut nazilah. Sesungguhnya, doa adalah senjata bagi orang Mukmin. Mari kita menggunakan senjata yang paling tajam dan jitu.

Apakah maksud nazilah? Ia bermaksud sesuatu perkara yang berat dan dahsyat yang menimpa sesuatu kaum seperti ketakutan, serangan musuh dan sebagainya. Doa ini dibaca setelah bangun dari rukuk bagi rakaat terakhir pada setiap kali solat fardhu sehingga nazilah itu diangkat oleh Allah. Ini bermakna, setelah nazilah itu tiada lagi, maka amalan qunut ini perlu dihentikan. Bagaimanapun, qunut Nazilah tidak dibacakan ketika solat Jumaat, sebaliknya dibaca ketika khutbah Jumaat itu sendiri.

Terdapat banyak rekod bahawa Nabi melakukan qunut Nazilah dalam beberapa tempat dan keadaan. Antaranya sebagaimana berikut:

Daripada Anas:

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قنت شهراً حين قُتِل القُرّاء، فما رأيته حزن حزناً قط أشدّ منه
Maksud:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan semenjak para penghafaz al-Quran telah terbunuh, maka tidak pernah aku melihat baginda begitu sedih dengan kesedihan sekuat itu. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 5, hlm. 180, No. hadith: 1300.)

Daripada Ibn Umar:

أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – إذا رفع رأسه من الركوع في الركعة الأخيرة من الفجر يقول: (اللهم العن فلاناً وفلاناً وفلاناً بعدما يقول: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد
Maksud:
Sesungguhnya dia mendengar Nabi s.a.w. ketika mengangkat kepalanya daripada rukuk pada rakaat yang terakhir bagi solat Subuh, baginda berdoa: “Ya Allah, Engkau laknatlah si fulan, si fulan, si fulan selepas baginda menyatakan : سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 13, hlm. 442, No. Hadith: 4069)

Dan banyak lagi riwayat yang datang dari amalan Nabi, para sahabat dan tabi’in sebagai bukti bahawa ia adalah perkara yang disyariatkan ketika umat Islam dalam keadaan yang sangat menekan dan menderita kesusahan.

Doa qunut nazilah tidak ditetapkan teksnya, dan bebas kepada individu untuk membacanya apa sahaja permohonan demi menyelamatkan umat Islam yang tertindas dan tertekan dengan ujian yang berat. Apa yang jelas, qunut nazilah mengandungi permohonan yang mendalam agar diberi kesalamatan ke atas kaum Muslimin dan permintaan agar dihancurkan dan dimusnahkan musuh-musuh Islam. Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa; “Maka adalah sunnah untuk berdoa qunut ketika nazilah menimpa dan didoakan padanya apa yang berkaitan kaum yang memerangi.” Beliau juga mengatakan bahawa, “dan diharuskan untuk orang yang berdoa pada setiap qunut nazilah dengan doa yang berkaitan dengan nazilah tersebut.”

Bacalah doa ini, juga amalkannya di dalam solat. Sila Klik di sini.

Maksud doa

Cukuplah Allah bagi kami dan dialah sebaik-baik tempat untuk berserah,

Cukuplah Allah bagi kami dan dialah sebaik-baik tempat untuk berserah,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Wahai Allah, Selamatkan Muslimin di Gaza,

Wahai Allah, Selamatkan Muslimin di Gaza,

Wahai Allah, jadikanlah bagi mereka pembantu dan penolong,

Ya Allah, Ya tuhan kami, hebatnya perlindungan- Mu dan agungnya pujian terhadap-Mu, sucinya nama-nama-Mu,

Ya Allah, tidak ada yang boleh menolak perintah-Mu, tidak ada yang boleh menghancurkan tentera-Mu,

Maha suci engkau dan segala pujian bagi-Mu,

Wahai Tuhan, hancurkanlah Yahudi yang zalim,

Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang memporak perandakan persekutuan musuh,

Hancurkan mereka dan huru harakan mereka,

Ya Allah, tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kekuasaan Engkau,

Mereka adalah pembunuh para rasul dan nabi-Mu,

Mereka telah menzalimi orang-orang yang tidak berdosa,

Ya Allah bebaskanlah kaum muslimin di Ghaza,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Ya Allah bebaskan tawanan mereka, sembuhkanlah orang yang sakit dari kalangan mereka, angkatlah kesusahan mereka,

Ya Allah, tukarkanlah ketakutan mereka dengan keamanan,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan dan Kehebatan,

Ya Allah, muliakanlah Islam dan kaum muslimin,

dan hinakanlah syirik dan orang-orang musyrikin,

dan hancurkanlah musuh-musuh agama,

Dengan lindungilah benteng-benteng Islam dan satukan suara orang Islam di atas kebenaran,

wahai Tuhan sekalian alam.

Wahai Tuhan bantulah orang-orang Islam yang lemah di setiap tempat,

Ya Allah, perbaikilah keadaan orang-orang Islam di Palestin, di Iraq dan di setiap tempat,

Ya Allah, satukan hati-hati orang Islam di antara mereka,

dan berikanlah hidayah kepada mereka ke jalan yang selamat,

dan keluarkanlah mereka daripada kegelapan kepada cahaya,

Wahai Tuhan yang memiliki Kemuliaan, Kehebatan dan keagungan.

* Doa dibaca oleh Sheikh al-Mishary Rashid al-Afasy

http://www.youtube.com/watch?v=AJtHsT51lnA

MALAM SOLIDARITI PALESTINA



Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat)
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh
Anjuran : Kerajaan Negeri Perak &
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y)
Perasmi : YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar
Menteri Besar Perak


Semua dijemput hadir

Thursday, January 8, 2009

Makluman

berita di terima dari TKP Zaizi bahawa sdr Abu Bakar atau nama mesranya Bob yang juga Ketua Kampung Simpang Pulai sekarang berada di wad 7B Hospital Besar Ipoh. Bob kemalangan pada 5hb Jan semasa dalam perjalanan ke Terengganu bagi menyertai hari penamaan calon Pilihanraya kecil P36 K.Terengganu. Kembali ke Ipoh kelmarin dan sekarang berada di wad 7B hospital Ipoh. Bagi sesiapa yg ingin menghulurkan bantuan sila berhubung dengan Bendahari kawasan Hj. Haiyi - 019-5756232

Minta sahabat semua ziarah.

PR Perak hanya sepenggal...

aku mempunyai masalah utk memulakan sesuatu tulisan, idea tu mmg banyak tapi bab nak mula mmg selalu menjadi kesukaran bagi aku. mcm tulisan kali ni jugak, aku sebnrnya byk bnda nak dituliskn, tapi nak cari ayat memulakan tulisan itu agak mengambil msa. sbb itu byk keadaan aku x jadi tulis apa2, walaupun idea dalam kepala otak berkepul2.

so dh hmpis masuk setahun kerajaan perak ini ditadbir oleh PR, xde ke cadangan nak buat review ataum kajian ttg pndangan rakyat mengenai kerajaan ni, especilly di kalangan org melayu, sebb orang bukan melayu aku rasa xde msalah sangant dgn dasar baru kerjaan PR ini.

kdang2 bila sembang dgn orang bukan PAS, samada puak umno atau atas pagar, jarang yg aku dengar memuji kerajaan PR. kalau dari mulut puak umno aku x heran la, puak ni ko bagi tanah lombong pun deme tetap kata PR ni merampas hak org melayu la, bagi muke sangat kat cina la. sbb tu mmg keja deme carik kesalahan PR espclly PAS, tpi bila komen yg kurang baik , buruk dan amat buruk dtng dari org atas pagar, aku rasa ada something wrong dgn kerjaaan ini, setidak-tidaknya dari pandangan umum.

rakyat merasakan isu2 mcm pmberian tanah hak milik kekal, pembelian kereta toyota camry , dan yg terbaru soal penutupan tadika kemas ini adalah kerana kelemahan dan kebodohan kerajaan PR. aku rasa isu2 ini ada jawapannya, tapi sbb rakyat tidak diberikan maklumat tepat oleh media, maka perspektif mereka senang dipengaruhi dgn fakta2 palsu oleh bn. ditambah pula oleh kelembapan dan kepasifan jentera penerangan PR yg lebih suke memblog dan cerita entah apa-apa entah, maka rakyat terus-menerus memberikan point negatif kpd kerajaan perak.

aku tak suke bila ditanya ke org PAS, jawapan deme, alaa..umno dulu pun buat, dah keja umno, mmg deme mcm tu, . satu dunia dah tahu umno mmg tak hinginkan ke PR, jgnla dilayan deme tu. kita kena buat kerja kita. ni setiausaha penerangan negeri buat apa? Citra perak berapa kali keluar? Fakta mcmana edarannya? kerja mcm siput, tapi tang projek laju sesaje.

memanglah kalau duduk semeja ngan orang PAS, PKR ke DAp ke , mmglah mklumat semua memuji kerajaan, menyanjung MB, tapi cube chekc respons dari org bawahan, rakyat biasa, kakitangan kerajaan, deme ni ramai x puas hati.

kalau beginilah keadaannya , kerajaan PR kena siap2 lah packing barang, kalau ada masa lagi duduk kluang station, pergi luar negeri sana sini, jumpa pelobi balak sana sini, hanya dengan bantuan Allah lah kerajaan PR ini akan bertahan.

dipetik dari blog http://gopenghagen.blogspot.com

Wednesday, January 7, 2009

Besarnya Pengorbanan Sahabat ini


Ahad 4hb Jan baru ni lepas isyak saya pergi mencari bahan dapur kat pasar malam Medan Gopeng. Berjumpa pula dengan sahabat kita ni saudara Abu Bakar atau nama mesranya Bob. Beliau mulanya nampak saya parking dan kemudian menunggu untuk menyapa saya.

Bob memberitahu yang beliau akan pergi ke penamaan calon di Terengganu bermotosikal bersama seorang lagi sahabat beliau.

Terkejut juga dengan semangat Bob kita ni yang hendak bermotosikal ke Terengganu bagi menyertai penamaan calon dan membantu gerakerja di sana. Tetapi Bob yang kita kenali memang begitu sifatnya. Semangat nya kental dan penuh istiqamah.

Saya lantas memberitahu beliau supaya menghubungi Cikgu Badrin terlebih dahulu bagi memaklumkan hasrat beliau dan mendapat surat perakuan PAS Kawasan. Pengangkutan kebiasaannya disediakan dan lokaliti tempat berkampung disana perlu di kenalpasti. PAS Gopeng di letakkan di satu kawasan DUN (yang tidak dapat dinyatakan disini).

Malam kemarin saya hantar sms kat Bob bertanyakan dah sampai kat Terengganu ke belum. Bob jawab ringkas sahaja 'dah' dan saya tidak memanjangkan sms samada beliau ke sana bermotor atau bersama kenderaan dari PAS Kawasan yang diaturkan.

Malam tadi dalam jam 11mlm saya teringat lagi kat Bob lantas terus menelefon beliau dengan hajat mahu bertanyakan perkembangan dan suasana hari penamaan calon di sana.Pada masa itulah saya terkejut mendapat berita dari Bob bahawa beliau sebenarnya kemalangan semasa dalam perjalanan ke Terengganu melalui jalan Simpang Pulai - Gua Musang dan beliau kemarin berada di Hospital Gua Musang. Bahu belah kiri Bob mengalami patah tulang.

Dan semasa saya menelefon beliau tadi, rupanya Bob berada di Jeli dalam perjalanan pulang ke Ipoh dengan kereta bersama sahabat lain dari Kawasan Gopeng yang saya tak berapa dengar kerana gangguan signal telefon bimbit.

Mereka pulang ke sini melalui Jalan Timur Barat Jeli - Grik. Besarnya perjuangan sahabat kita si Bob ini.

Di sini saya menyeru pada semua rakan-rakan seperjuangan lain agar menelefon Bob dan bertanyakan khabar beliau. Dan molek juga menghulurkan sedikit infak buat Bob untuk membantu meringankan beban beliau. Saya tak pasti kerosakan motosikal Bob.
Apapun hubungi lah beliau.

Tel Bob 017 5677205

Dipetik dari Blog DPP Gopeng

Wajah Baru

Groovy! Ranggi! Kontemporari! Katakanlah apa sahaja mengenai wajah baru kami, kami redha. Kami yakin dan percaya dengan baju baru dan wajah yang lebih terserlah blog ini akan terus mampu menampilkan sesuatu yang berlainan dengan blog-blog lain. Blog ini juga akan lebih berani mengkritik dan memberikan saranan tentang kerajaan negeri Perak. Teruskan bersama kami PAStsc.

Ape kejadahnya semua ini

Gambar ni aku ambik kat jalan Simpang Pulai-Lahat. Bila aku tengok 1st time, aku x bawak camera, so aku repeat balik dalam seminggu kemudian, kejadian itu masih disitu. bukan saja bendera Malaysia tak dikibor oleh malaun ni, bendera perak pun dipasang terbalik. apakejadahnya semua ini?


Demo Aman

29/12/2008- PAS Taman Song Choon telah menghantar beberapa orang wakil ke Perhimpunan Aman Membantah Kekejaman Rejim Yahudi yang diadakan di Masjid Jalan Diary. Tapi agak mendukacitakan juga melihat kehadiran umat Islam yang seolah-olah tidak terpanggil untuk sama-sama menyatakan rasa benci dan marah terhadap tindakan zalim rejim yahudi keatas umat Palestin. Begitu juga dengan sikap pemandu-pemandu kenderaan yang kurang memberikan respon walaupun hanya perlu membunyikan hon kenderaan. Namun bagi yang biasa ke perhimpunan-perhimpunan aman dan tidak aman, memang merasakan ada sesuatu kekurangan dalam perhimpunan itu..apa yaa?





Perkhemahan Asas Kadet Amal Gopeng

Pada 24-24 Disember lepas, PAS Taman Song Choon telah menghantar satu rombongan kanak-kanak bawah umur utk mengikuti perkhemahan asas kadet amal kawasan gopeng. ni sebahagian dari gmbar yg dapt diambil. layan...


seorang kadet amal dngan baju freenya yang kate deme kecik


"weii..korang kalau nak kerja ngan MBI, kerja betul2. jagn main..weiii..weii..ko turun ..turun aku kata"


ni mesti nak nasyid ni, ni aku lemah ni. x gothic betul..


"oh abahku..ko lah idolaku...."


anak en. fatah sedang merenung masa depannya bersama unit amal


kadet amal TSC sedang bergambar, menghabiskan cekodok, selak gigi, berdikir barat dan sebagainya sebelum tamat program.

Hudud: PAS Jangan Apologetik


Ramai yang melihat Husam telah terperangkap dengan permainan licik Khairy Jamaluddin (KJ). dalam debat transformasi politik malaysia, husam sebenarnya tidak punya jawapan lain melainkan menyatakan bahawa PAS akan melaksanakan hudud sekiranya memerintah. malang bagi husam dan PAS, apabila jawapan tersebut dimanipulasi sepenuhnya oleh media BN utk menimbulkan semula pergeseran di kalangan parti2 dalam pakatan rakyat.

kemudiaannya husam cuna 'corner baring' untk melembutkan sedikit kenyataan dengan menyatakan bahwa hudud hnya akan dilaksanakan selepas berbincang dgn rakan2 dalam pakatan. kemyataan ini juga dimanipulasi oleh media bagi menggambarkan betapa lemahnya PAS dalam mengmbil tindakan walaupun melibatkan soal dasar parti tersebut.

PAS bagi pandangan penulis, harus tidak terlalu bersikap apologetik dalam soal hudud ini, sebagaimana DAP yg terus mmprjuangkan soal kesaksamaan semua kaum. itu adalah dasar PAS, dan parti2 lain seperti DAP juga punya matlamat serta agenda utama mereka. kalau PAS boleh menerima konsep Malaysian Malaysia diserapkan dalam pentadbiran di Pulau Pinang, perak ataupun selangor, kenapa DAP tidak boleh menerima sekiranya PAS mahu melaksanakan hudud sekiranya memerintah kepada orang Islam.

PAS juga seharusnya mengajak umno utk sama-sama memperjuangkan perlksanaan hudud, walaupun kita tahu mereka ini menentang perlksanaannya setelah 50 tahun memerintah. tapi sebagaimana kata husam, soal hudud ini harus diperjuangkan bukan sahaja oleh PAS , malahan umno, sekiranya mereka benar2 mahu dilabel sebagai parti Islam.

PAS harus tidak berganjak dalam soal dasar dan prinsip. lemahnya PAS adalah kegagalan utk memberikan penerangan ttng hudud ini kepada orang Islam dan bukan Islam. sekiranya PAS sekali lagi bersikap apologetik dalam soal ini, orang Islam yg telah memberikan kepercayaan kepada PAS selama ini, mungkin tidak akan memaafkan PAS.

Papan Tanda


”Di Malaysia, kita izinkan cina buat surat khabar sendiri. Buat siaran radio sendiri. Izinkan mereka bercakap bahasa mereka sendiri. Tahu-tahu kita larang mereka hendak tulis tulisan mereka di papan tanda. Kan pelik?”

Sesungguhnya terciptanya bangsa ini bukanlah kehendak diri masing-masing, bahkan ianya adalah ketentuan ilahi yang tidak boleh dinafikan lagi. Tidak ada orang itu dilahirkan sebagai bangsa melayu disebabkan dia sendiri minta menjadi melayu. tidak ada orang yang dilahirkan cina disebabkan dia sendiri minta menjadi cina. Begitulah seterusnya. (Sumber: http://4-g-bakistani.blogspot.com)

Tuan Guru Nik Aziz


PAS SONG CHOON:

"pemikiran orang tua ni cukup menakjubkan, dalam politik ataupun soal fiqah. mungkin betullah kata orang TGNA is one in a billion"