Taman Song Choon - Walaupun berhadapan pelbagai rintanga, akhirnya masyarakat Taman Song Choon berjaya menunjukkan solidariti mereka dalam menjayakan program sukaneka surau Al-Falah. Ini Sekaligus memberikan mesej yang jelas kepada orang luar, bahawa penduduk di sini akan mempertahankan surau mereka dari diceroboh pihak-pihak berkepentingan. Hampir 300 dalam program yang bermula seawal pukul 7.00 pagi yang diakhiri dengan Forum Rakyat.

Mengucap yoep..mengucap.

Testing padang.

Mangsa penyembelihan etnik lembu.

Tu apehal bawa lari kerusi tu??kejar!kejar!

Apa yang dibaca tu ji? ayat kursi ke?

Sahak tunjuk skill, membaling angin.

Imam Zul membaling dengan gaya seorang Pro, tapi tak kena. doa tak makbul ke?

Aphal en hashim begitu tekun main sampai rumput pun nak digasaknya?

Apa yang pecah tu kak?

Mat Rempit tunjuk skill bawa motor slow. terkulat-kulat jugak nak handle.

Ni bukan setakat tarik tali, kapal pun bleh deme tarik.

Geng Pemuda..bleh challenge ke geng Petua?

Ipin Menara menunjukkan demo tebar roti. Ni sapa nak makan ni?

Tunjuk skill tebar roti canai, lepas ni yoeb takde alasan ler nak lepak kedai mamak majid.

Muslimat tak lupa tunjuk skill anyam ketupat, sambil dibantu oleh anak-anak.

Alang Spray tunjuk skill menarik teh ke penjuru langit.

Lihat betapa cerianya anak-anak kariah Song Choon. Who need Hamidah?

Otai Teh Tarik Song Choon, Pak Yah Polis

Orang ramai sedang menjamu selera termasuk pimpinan tertinggi umno song choon. aiii bang, datang nak join tiup belon ke?

Geng orang muda turut memberikan sokongan pada kepada surau.

"time basuh je bagi kat aku, nak ngorat pun kensel" karim the Washer

geng gagak hitam "retired"

dey macha! kuah kasi lebih la..

Santai selepas seharian menyumbangkan tenaga.

Tiga orang panelis, Ust.Shamsul Jamil Shaharom, ustaz penuh, yang kedua, Ustaz Azhar Rifaei, seorang bankers dan Sdr. Nuruddin, seorang jurutera. Ahli panel berjaya memberikan pandangan dari pelbagai sudut.

Kehadiran jemaah dari pelbagai lapisan umur cukup membanggakan. Tu yoep yang duk tengah tu tengah berwirid tu, mau cecah karpet juga dia punya tahap khusyu'.
0 comments:
Post a Comment